Kaver Konspirasi Suami

Konspirasi Suami

karya Maya Iris
978-967-369-292-7

Jumlah Mukasurat: 696

Sinopsis

Dengan tipu helah Dr. Ehsan menikahi Nur Sayang. Namun, bahagia yang diimpikan derita pula yang menjengah. Nur Sayang ditinggalkan di Mesir seperti gantung tak bertali. Dia meneruskan hari-harinya seperti seorang isteri tanpa suami di sisi. Dalam keadaan kesepian yang memuncak, Nur Sayang menebalkan muka dan menghubungi Dr. Ehsan bagi mendapatkan kepastian arah tuju perkahwinan mereka. Barulah Nur Sayang tahu suaminya mempunyai ramai peminat. Arielle dan Ayala sanggup berkongsi kasih dengan Nur Sayang. Nur Sayang jadi tawar hati dengan perkahwinannya dan mahu kembali kepada Kamil, sedangkan Kamil sudah dirancangkan akan berkahwin dengan Amanda. “ Sebagai suami, saya boleh anggap dia nusyuz. Tetapi adakah menduakannya balasan yang setimpal di atas perbuatannya? Balasan begitu tidak diajar dalam Islam. Islam menyuruh kita meninggalkan bilik tidur jika isteri nusyuz. Bukannya memasuki bilik tidur perempuan lain.” - Dr. Ehsan. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, peluang untuk mendapatkan Nur Sayang semula semakin tipis apabila Dr. Ehsan diculik oleh satu pakatan yang mahukan sesuatu yang dimiliki oleh Dr. Ehsan. Jeneral Zuckermann mengambil peluang ini untuk membalas dendam terhadap Dr. Ehsan. Nur Sayang dan Dr. Ehsan terperangkap dalam konspirasi bertaraf antarabangsa yang bakal menggoncang keimanan. Dan hanya ada satu jalan keluar… cinta pada Yang Satu.